THE BEST WAY TO MAKE MONEY

Hotforex Pamm

Broker

Friday, June 6, 2008

Teknik-Teknik Belajar

Di sini cikgu akan kongsikan teknik-teknik ringkas untuk kamu lakukan dalam mempelajari mata pelajaran kamu. Sebelum itu cikgu terangkan aspek lain. Perkara yang boleh membuatkan kita rajin ialah sifat suka atau minat. Pastikan kamu timbulkan rasa di dalam hati bahawa kamu berminat dalam sesebuah pelajaran itu. Minat secara terpaksa pun tidak apa. Cikgu dulu pun tidak suka subjek POA, Mathematics, Combine Science, selain disebabkan guru yang mengajar itu jenis yang selalu marah, strict, dan sebagainya, jadi kami tidak suka, tetapi waktu itu apa yang cikgu rasa ialah cikgu mesti lulus dalam O’level, jadi walaupun guru yang mengara itu cikgu tidak suka, tetapi cikgu paksa buat-buat minat untuk belajar subjek itu, supaya cikgu termotivasi untuk membuat kerja yang disuruh. Ketepikan siapa guru itu, ketepikan apakah subjek itu payah, dan utamakan bahawa kamu MESTI belajar supaya lulus. Sebenarnya tidak susah, mungkin kamu tidak suka subjek-subjek yang payah, ok, kamu buat saja apa yang disuruh, berkorban dalam masa setahun setengah ini, lepas itu nanti kamu akan terlepas. Jika kamu malas waktu ini, apakah kamu mahu gagal dalam O’level kemudian terpaksa repeat lagi? Setentunya tidak kan? Jadi di bawah ini cikgu sediakan tips dan teknik belajar yang ringkas yang boleh kamu lakukan, tetapi cikgu harap kamu MESTI lakukan, sebab cikgu mahu kamu lulus.

Perkara kedua ialah, kamu boleh sediakan jadual ulang kaji. Misalnya, hari isnin, selasa, rabu, khamis, sabtu kita sekolah di sinag hari, jadi buat jadual malam, selepas membuat kerja rumah, jika masih ada terluang, buat ulang kaji. Misalnya Isnin malam ulang kaji Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris, Selasa malam ulang kaji Sastera, Rabu malam ulang kaji Art, Khamis malam ulang kaji IRK. Manakala Hari Jumat siang (pagi atau petang) kita ulang kaji mathematics, Jumat malam kita ulang kaji Geography, dan hari sabtu malam kita ulang kaji Combine Science. Hari Ahad kita rehat. Tetapi sekiranya terasa boring, tidak ada apa-apa hendak dibuat, boleh buat ulang kajidaripada mana-mana subjek. Tetapi pastikan ulang kaji dibuat SELEPAS habis membuat kerja rumah. Jika selepas membuat kerja rumah itu kita letih, kita boleh tidak perlu buat ulang kaji. Jangan pernah stress semasa membuat ulang kaji. Buat ulang kaji sambil-sambil, tetapi BUKAN ikut mood. Waktu paling sesuai membuat ulang kaji ialah kalau terasa boring tidak ada apa-apa hendak dibuat, pada waktu itulah kamu buat ulang kaji. Memang nampak seperti meletihkan, tetapi itulah tanggungjawab kita sebagai pelajar. Semua pelajar sama ada menengah 4, lima, enam, universiti, yang berjaya lulus itu ada membuat ulang kaji, seperti yang cikgu nyatakan di atas tadi. Jadi, itu sudah lumrah, tidak masuk akal, orang lulus tanpa ulang kaji, tidak masuk akal kita mahu lulus tetapi tidak mahu ulang kaji. Contohnya, kalau kita lapar, dan kita mahu kenyang, kita hendaklah makan, samalah kalau kita gagal, dan kita mahu lulus, kita hendaklah membuat ulang kaji. Itu lumrah hidup.

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Subjek ini lebih merujuk kepada penggunaan bahasa, jadi ulang kajinya lebih kepada memperbaiki penggunaan bahasa kitani. Kita tidak dapat menghafal sesebuah karangan, kefahaman, memodenkan dan meringkaskan sebab dalam perperiksaan apa yang keluar kita tidak tahu kan? Tetapi jika tahap bahasa kita sudah berkembang, kita boleh menghasilkan karangan yang berkualiti, kita faham menjawab soalan kefahaman, dapat memodenkan dan meringkaskan dengan baik. Begitu juga untuk subjek English, tahap penggunaan bahasa itu sangat penting. Jadi untuk mengulang kaji subjek ini, kamu mesti memperolehi sebuah kamus (dictionary and vocabulary), kamus kecil pun boleh, kalau kamus besar lebih baik, semasa cikgu sekolah dulu, cikgu selalu menelaah kamus sewaktu dalam perjalanan ke sekolah dan pulang ke rumah, atau sewaktu dalam perjalanan ke mana-mana sahaja. Kemudian banykkan membaca artikel sama ada di dalam suratkhabar, atau magazine, kemudian perhatikan penggunaan bahasa mereka. Jika kamu membaca magazine hiburan juga boleh, yang penting perhatikan penggunaan bahasa mereka, jika ada perkataan baru, cuba teliti apa maksudnya. Bagi memajukan kemahiran menulis karangan (composition), membaca ini sangat penting, semakin banyak yang kita baca, semakin banyak perkara yang kita tahu dan boleh kita masukkan dalam karangan. Cikgu dulu sanggup membeli buku contoh karangan, kemudian cikgu baca seperti cikgu menelaah kamus, jika cikgu letih menelaah kamus, cikgu telaah buku contoh karangan. Bagi meningkatkan teknik meringkaskan (summary), sewaktu kamu membaca apa-apa artikel, kamu catat apa isi pentingnya? Sama seperti kamu membaca novel, misalnya pengabdian, selepas membaca satu bahagian, kamu catat mana isi pentingnya, jadi ini secara tidak langsung telah mengembangkan kemahiran kamu mencari isi penting. Bagi kefahaman (comprehension), jika tahap bahasa dan mencari isi penting kamu sudah meningkat, kamu akan dapat menjawab soalan kefahaman ini dengan baik. Jawab apa yang diminta oleh soalan. Kemudian bagi memodenkan, kamu sebenarnya ada kelebihan sebab kamu belajar sastera Hikayat Awang Kamaruddin, kamu boleh cuba modenkan sebahagian perenggan dalam hikayat itu sebagai latihan. Seterusnya bagi hal lain, seperti peribahasa dan sebagainya, kamu perlu hafal dan faham. Kemudian untuk menguji kemahiran kamu, kamu boleh buat latihan (practise) seperti membuat karangan dan sebagainya.

Lakukan ini:
*Perolehi sebuah kamus. Baca sambil-sambil.
*Dalam seminggu atau dua minggu, baca sekurang-kurangnya sebuah artikel (apa-apa saja) daripada suratkhabar atau majalah, kemudian perhatikan bahasa Melayu dan Inggerisnya.
*Karangan (composition) – banyakkan membaca dan sekali sekala practice buat karangan.
*Kefahaman (comprehension) dan meringkaskan (summary) – baca artikel kemudian cari isi penting.
*Memodenkan – modenkan satu perenggan daripada hikayat Awang kamaruddin.
*Hafal mana-mana yang perlu seperti peribahasa dan sebagainya.

Kesusasteraan Melayu
Dua orang adik cikgu juga pernah mengambil subjek sastera semasa di menengah 4 dan 5. Kedua-dua adik cikgu berjaya mendapat grade A (distinction) dalam sastera semasa peperiksaan O’level mereka dulu. Cikgu tanya mereka, hanya dua perkara yang penting, iaitu membaca dan menghafal. Pastikan kamu sudah habis membaca novel dan hikayat sekurang-kurangnya sekali, kemudian sekali lagi sebelum peperiksaan O’level nanti, itu sekurang-kurangnya, kalau lebih maka itu lebih baik. Bagi mata pelajaran sastera, cikgu pernah buatkan tipsnya sewaktu sebelum peperiksaan pertengahan tahun, ringkasnya seperti di bawah ini:

Bahagian sajak, perkara-perkara yang perlu dititikberatkan ialah mengenai aspek-aspek kajian seperti bentuk, maksud, corak, aliran, nada, gaya bahasa, persoalan, perutusan dan memprosakan sajak. Bagi Novel Pengabdian dan Hikayat Awang Kamaruddin pula, perlu tahu jalan cerita dari awal hingga akhir, peristiwa, dan watak yang terlibat.

Cikgu yakin kamu mempunyai nota-nota untuk subjek sastera. Nota itu sebenarnya hanya sebagai BAHAN PELAJARAN, tetapi untuk menjadikannya nota sebagai BAHAN ULANG KAJI, ia harus dibuat semula oleh kamu dalam bentuk yang kamu rasa senang dibaca dan dihafal. Cikgu mula belajar sastera semasa menengah enam dan terus mempelajarinya semasa di universiti. Satu teknik yang cikgu gunakan ialah dengan membuat nota sendiri. Maksudnya, daripada nota-nota yang diberikan, kamu rumuskan dengan menyalin semula (atau ditaip semula) dalam bentuk yang kamu suka, senang dibaca dan dihafal. Terpulanglah sama ada kamu membuatnya dalam bentuk nota ringkas, membuatnya dalam satu buku khas untuk ulang kaji sastera, membuatnya dalam bentuk peta minda, dan sebagainya. Ini kamu boleh lakukan jika mahu berjaya lulus dalam peperiksaan dengan cemerlang, jika kamu mahu mendapat markah seperti selalunya, dalam lingkungan 50-70, maka kamu teruskan saja buat macam biasa seperti sebelum-sebelum ini, tetapi jika kamu mahu cemerlang, CARA BELAJAR itu perlu diubah, dan cara-cara yang cikgu sarankan di sini adalah antaranya.

Jika mahu lebih senang, daripada nota-nota yang diberikan itu, kamu highlight part-part yang penting (sebaiknya gunakan pen highlight) tetapi jangan highlight semua, highlight sahaj ayat-ayat yang paling penting. Oleh itu, apabila kamu hendak mengulang kaji, dengan melihat lembaran kertas nota itu saja kamu sudah tahu di mana isi penting yang ada dan perlu kamu hafal. Cara menghafal pula, JANGAN sesekali menghafal sekaligus. Seperti yang selalu kamu lakukan jika mengulang kaji last minit. Cara menghafal yang baik ialah, pada waktu-waktu biasa ini, kamu baca ayat (misalnya peristiwa penting atau watak perwatakan, aspek-aspek kajian) baca selalu, tidak perlu dihafal, baca hari ini baca sekali, esok-esok baca lagi (ulang saja) kemudian selepas seminggu atau dua minggu, apa yang kamu baca itu kamu teliti, fahami. Lakukan lagi dalam seminggu dua, kemudian barulah menghafal sedikit-sedikit. Sekiranya kamu lakukan begini, apabila hendak tiba peperiksaan nanti, sekiranya kamu hendak menghafal, insya Allah, kamu akan menghafal dengan cepat dan mudah sebab kamu sudah selalu membaca bahagian itu, sudah menelitinya dan memahaminya.

Lakukan ini:
*Baca Novel dan Hikayat.
*Hafalkan semua aspek-aspek kajian sajak.
*Novel dan HAK, hafalkan (dan mesti tahu) peristiwa penting, watak perwatakan dan jalan cerita.
*Tulis dengan jelas semasa dalam peperiksaan (seperti contoh jawapan yang cikgu buatkan)
*Buatkan NOTA ulang kaji (sama ada nota dibuat semula atau nota yang sedia ada itu dihighlight)
*Baca nota itu sekitar 1-3 kali seminggu, atau sekitar 3-5 kali dalam dua minggu, kemudian, pada minggu seterusnya cuba kamu teliti dan fahami. Pada minggu seterusnya cuba kamu hafal nota itu sedikit-sedikit.
*Jangan menghafal semua sekaligus, tetapi hafal satu-satu bahagian.
*Tambahan bagi sajak, kamu boleh cari sajak lain daripada suratkhabar atau magazine, kamudian cuba kamu kaji sendiri tentang bentuk, isi, corak, aliran dan sebagainya. Jangan peduli betul atau salah, ini sekadar untuk mengembangkan kemahiran mengkaji.

I.R.K
IRK juga menggunakan konsep yang sama seperti sastera, iaitu baca dan hafal. Kamu ada buku teks IRK, semasa cikgu di menengah empat, cikgu hafal semua yang ada dalam buku itu. Seperti yang cikgu beritahu awal di atas tadi, IRK menggunakan bahasa Melayu, mudah difahami, mudah diingat, jadi gunakan kesempatan ini untuk menguasai pelajaran itu. Dalam bahagian Hadith atau Al-Quran, cikgu hafal semua maksud bagi ayat hadith dan tafsir itu. Cikgu tidak hafal ayatnya dalam bahasa arab, tetapi cikgu ingatkan sepatah dua perkataan bahasa arab, supaya apabila dalam peperiksaan nanti, cikgu tahu ayat mana (hadith dan tafsir) ke berapa yang disoal itu. Manakala bahagian sejarah pula, bagi tokoh-tokoh khalifah, cikgu buatkan nota sendiri supaya mudah cikgu hafal. Seterusnya dari segi fiqeh, dan selainnya, cikgu hafal semua (lagipun senang sahaja untuk menghafalmnya). Oleh sebab IRK menggunakan konsep menghafal, jadi lakukan seperti yang cikgu sarankan untuk menghafal sastera tadi, iaitu sama ada buat nota sendiri atau highlight isi penting, kemudian baca selalu, kemudian fahami, kemudian hafal sedikit-sedikit, misalnya hari ini hafal mengenai hadith, esok hafal mengenai fiqeh, hari lain hafal mengenai sejarah, tidak perlu hafal banyak bahagian, sebab kita terpaksa menghafal untuk subjek lain lagi kan? Di sinilah pentingnya kita mengurus masa.

Lakukan ini:
*Sebaiknya hafal semua yang ada dalam buku teks itu (memandangkan buku itu tidak tebal sangat, tambahan lagi isinya mudah)
*Gunakan cara menghafal yang cikgu sarankan.
*Buatkan nota untuk ulang kaji.
*Jangan menghafal semua sekaligus, tetapi hafal satu-satu bahagian, makanya kita perlu buat ulang kaji sejak dari awal, bukan last minit.

Geography
Geography juga menggunakan konsep yang sama, menghafal. Tetapi jika kamu faham itu lebih baik. Pastikan kamu memperolehi semua nota, kemudian jadikan ia nota untuk ulang kaji, iaitu dihighlight isi-isi penting. Disebabkan Geography menggunakan bahasa Inggeris, jadi kamu perlu membacanya selalu, tidak seperti sastera dan IRK yang mudah diingat. Geography, kamu perlu membaca satu satu bahagian sekitar 2-3 kali, misalnya bagi tajuk earthquake, kamu baca nota-nota yang ada (jangan lupa highlight isi penting) apabila kamu selesai membaca (ingat: cikgu suruh BACA sahaja, bukan hafal) baca sama ada kamu faham atau tidak, yang penting baca. Selepas selesai membaca satu bahagian itu, ulang lagi sekali, dan jika masih terdaya, ulang baca sekali lagi. Lakukan lagi pada hari lain bagi bahagian yang lain pula. Kemudian apabila selesai semua bahagian kamu sudah baca berulang kali, maka mulakan satu-satu bahagian lagi dengan meneliti dan memahami. Misalnya earthquake tadi, kamu teliti, di mana yang selalu terjadi gempa bumi, mengapa ia belaku, apa negeri-negerinya, apa akibatnya kepada manusia dan alam sekitar? Bagaimana cara menanganinya? Teliti satu persatu, dan cuba fahami. Pada hari lain, teruskan dengan tajuk lain seperti mengenai volcano pula, mengapa ia terjadi, apa akibatnya dan sebagainya. Pada hari yang lain lagi, fahami tajuk lagi lagi dan seterusnya. Ingat, pada awal-awal ini, tidak perlu dihafal. Mula-mula baca sahaja, kemudian teliti dan fahami, langkah terakhir baru dihafal. Ingat, untuk menghafal, nota itu perlu dihiglight isi-isi pentingnya dan hafal satu-satu bahagian. Disebabkan Geography ini sukar sedikit untuk dihafal, maka hafalnya sekitar setengah bahagian saja atau sebanyak mana yang kamu sanggup.

Lakukan ini:
*Buatkan nota untuk ulang kaji (dengan menghighlight isi-isi penting)
*gunakan konsep yang cikgu sarankan iaitu, pada minggu awal ialah membaca, minggu seterusnya meneliti dan memahami, dan minggu seterusnya lagi baru menghafal sedikit-sedikit.

Combine Science
Combine Science ini sama seperti kaedah yang cikgu terangkan untuk mengulang kaji Geography. Semua ini disebabkan kita di kelas 4D, tahap IQ kita tidak sehebat orang di dalam kelas Science, tetapi jangan silap, seperti cikgu juga, walaupun IQ cikgu tidak sehebat mana, tetapi apabila kaedah yang kita gunakan betul, kita akan mengalahkan orang yang ber-IQ tinggi itu. Jangan ingat orang yang ber-IQ tinggi itu sentiasa bijak, Kita manusia ada kelebihan dan kelemahan, jadi mungkin kelemahan kita dari segi IQ yang sederhana saja, oleh itu kita cari jalan untuk mengatasinya, dan menghafal itu salah satu caranya, menghafal tidak perlu IQ yang tinggi, menghafal hanya perlukan kaedah yang betul, kalau kita menghafal siang malam, tetapi kaedahnya salah, maka kita tetap akan lupa apa yang cuba dihafal. Tetapi jika kaedah itu betul, kita akan ingat. Sebab itu ungkapan study hard tidak ramai yang menggunakannya lagi, sebaliknya ramai yang menggunakan ungkapan study smart.

Lakukan ini:
*Buatkan nota untuk ulang kaji.
*gunakan konsep yang cikgu sarankan iaitu, pada minggu awal ialah membaca, minggu seterusnya meneliti dan memahami, dan minggu seterusnya lagi baru menghafal sedikit-sedikit.

Mathematics
Mathematic agak berbeza, kita perlukan kaedah latih tubi iaitu practice yang berulang kali. Tetapi dasar utamanya ialah menghafal formula. Semasa cikgu beritahu kamu di dalam kelas, cara belajar maths, kamu jawab ‘mesti hafal formula’, kamu tahu asas itu, tetapi kenapa markah mathematic kita masih rendah? Mengapa kita masih tidak dapat menjawab soalan mathematic dengan baik? Samalah seperti kes orang ber-IQ tinggi tadi, yang ber-IQ tinggi tidak semestinya sentiasa pandai. Sama kesnya, hafal semua formula tidak semestinya boleh menjawab semua soalan maths. Kita perlu mempraktikkan apa yang dihafal. Kamu sudah hafal satu formula itu, kemudian practice kan, cuba pilih satu soalan, kemudian jawab menggunakan formula yang dihafal tadi. Dan seterusnya bagi formula lain hendaklah disusuli dengan latihan. Dalam maths ini kita perlu tahu formula dan bagaimana cara menggunakan formula itu. Contohnya memasak, kamu tahu bahan-bahan memasak pun tetapi kalau tidak tahu cara memasaknya pun masakan tidak akan sempurna. Misalnya cikgu suruh kamu buat kelupis, cikgu beri kamu beras, daging dan daun. Bahan sudah ada tetapi tahukah kamu bagaimana cara membuatnya? Samalah seperti mathematic, kita tahu formula, tetapi tahukah kita cara menggunakannya? Jadi untuk mengetahuinya, kita perlu practice kan. Semasa cikgu di sekolah menengah dulu, cikgu selalu buat kerja lebih daripada apa yang guru bagi. Kana suruh buat 5 soalan dalam kelas, cikgu siapkan, kemudian cikgu buat soalan lain lagi. Ini adalah untuk melatih cikgu menggunakan formula.

Lakukan ini:
*Hafalkan formula
*Susuli dengan latihan supaya kita tahu bagaimana menggunakan formula tersebut
*Semakin banyak latihan yang dibuat, semakin mahir kita menggunakan formula itu.
*Perolehi buku past year paper, kemudian cuba jawab soalan-soalannya sebagai latihan sendiri.

Art
Cikgu tidak pernah belajar Art haha tapi cikgu pernah belajar Technical Drawing saja, dalam hal ini, yang penting ialah practice. Macam cikgu dulu, seminggu sekali cikgu ada buat ulang kaji dengan melukis (bukan kerja rumah) tapi saja-saja sebagai latihan atau practice kan, dalam Art pun cikgu yakin sama, kamu mesti banyakkan melukis supaya kamu bertambah mahir, cuba sediakan buku kosong, kemudian kamu khaskan buku itu untuk kamu lukis2, bila ada masa free, atau sambil2 liat tv kah, boleh cuba lukis bunga kah, pasu, kawasan dalam rumah, kartun, stationary, makanan, etc. Sebab dalam Art, semakin banyak kamu melukis semakin bertambah kemahiran kamu. Semasa kamu melukis atulah kamu akan belajar mengenal pasti dan mengatasi kelemahan sendiri. Kalau sekiranya masa exam kamu lukis gula-gula, cuba di rumah pada masa lapang atu kamu lukis jua gula-gula, coklet kah, apa yang kamu nda pandai, lama-lama kamu akan jadi pandai, nda perlu siapkan sekali gus, boleh siapkan dalam masa dua tiga hari kah atau lima hari, sebab ia bukan kerja rumah, tetapi sekadar untuk practice kan? Cuba tantukan, dalam seminggu kamu lukis sekurang-kurangnya satu lukisan, apa-apa saja sekadar untuk practice.

Lakukan ini:
*Sediakan buku khas untuk melukis, sebesar buku nota pun boleh.
*Buat apa-apa saja lukisan seminggu sekurang-kurangnya sebuah lukisan, atau dua minggu sebuah lukisan.
*Hasilnya boleh minta tunjuk ajar arah guru atau kawan-kawan yang pandai melukis untuk memperbaiki lukisan atu.

***
Selain itu, cikgu juga pernah kongsikan satu tips untuk mudah mendapat markah. Soalan perperiksaan selalunya dalam bentuk begini:

1. (soalan dipecah-pecahkan kepada beberapa pecahan) misalnya dalam soalan konteks:
a)
b)
c)

2. (soalan hanya satu, misalnya bincangkan atau jelaskan tentang sesuatu).

3. (kita disuruh tuliskan atau huraikan dengan ringkas mengenai hal-hal berikut) misalnya huraikan watak dan perwatakan berikut:
a)
b)
c)
d)

*untuk mendapat markah yang mudah, cikgu sarankan kamu pilih dan jawab soalan yang mempunyai pecahan (dalam contoh di atas, seperti soalan 1 dan soalan 3, sebab ia ada pecahan a), b), c)

Sebabnya ialah, jika satu soalan itu markahnya 20, dan jika ia dijawab melalui beberapa pecahan, markah 20 tadi juga dipecah. Misalnya a) 5 markah, b) 5 markah, c) 5 markah dan d) 5 markah. Oleh itu apabila jawapan kamu sekitar 5-10 baris bagi setiap pecahan, selalunya sudah boleh mendapat markah yang hampir penuh. Tetapi jika soalan itu tidak ada pecahan, dan apabila kamu menjawab sekitar 10 baris, selalunya markah hanya separuh, dan untuk mendapat markah tinggi, kamu perlu menjawabnya dengan sangat panjang lebar, dan ini menjadi sukar sebab kadang-kala idea atau ingatan kita terhadap apa yang dihafal selalunya terlupa sebahagiannya.

*tetapi jika kamu tidak tahu apa jawapan bagi soalan yang mempunyai pecahan, sebaliknya tahu jawapan bagi soalan yang tiada pecahan, maka teruskan jawab soalan yang tiada pecahan. Ini hanya sekadar tips, dan beruntunglah orang yang dapat mendapat soalan-soalan yang mempunyai pecahan. Ini bukan sahaja di dalam sastera, tetapi juga bagi mata pelajaran lain seperti sains, geography, history, etc.

Lakukan ulang kaji ini secara perlahan-lahan, tidak ada orang yang menjadi pandai dalam masa sehari, tetapi semua orang itu menjadi pandai mengikut proses yang dilakukannya setiap hari. Ini hanya memerlukan kita mengubah rutin setiap hari, kalau biasanya kita banyak membuang masa, jadi masa itu kita luangkan dengan mengulang kaji, tetapi jangan lakukan hingga stress, dan jangan buat ulang kaji hanya apabila sudah hampir hendak exam (last minute revision) kerana ia jarang berkesan, tetapi lakukan ulang kaji sepanjang masa, supaya semasa hampir hendak exam itu, semua yang kita ulang kaji akan menjadi mudah diingat. Ingat juga, kita manusia ada keperluan, naluri dan sebagainya, jika hendak rehat, berhibur, berseronok, bercinta, jalan-jalan, melakukan hobi masing-masing, silakan, tetapi jangan berseronok sepanjang masa, jangan abaikan ulang kaji juga. Biar seimbang. Baik, ingat: perkara yang paling penting, MESTi sediakan jadual (tapi pastikan jadual itu ringan agar tidak membebankan) belajar menguruskan dan membahagi-bahagikan masa, dan letakkan pelajaran pada priority yang tinggi dan sentiasa anggap pelajaran itu penting supaya kita bermotivasi untuk membuat ulang kaji. Goodluck! All the best~

2 comments:

  1. yeyeye dh dapat cara dh
    nk hafal BI

    ReplyDelete
  2. dah habis o level, baru saya jumpa blog ini. apapun, terima kasih atas tipsnya :)

    ReplyDelete