THE BEST WAY TO MAKE MONEY

Hotforex Pamm

Broker

Wednesday, May 14, 2008

Sajak Kasih Ibu



Kasih Ibu

memang telah lama kufikir
untuk berbakti
pada ibu dan siapa nanti
alih-alih tiba saatnya kami menyendiri
antara hidup dan mati.

sejak kecil pun aku diajari
tentang anak-anak yang salat
balasannya adalah syurga
bersama ibu yang tercinta.
dan para syuhada.

tapi bila aku telah dewasa
ibu sudah tidak mau bercerita
dan aku jadi lupa
tentang hukuman anak derhaka.

lalu sekarang semuanya bagai membebani
jauh-jauh dinihari air mata membasahi
dan titis-titisnya meresapi nadi sendiri
justeru kerananya bagai menuntuti
sebuah ungkapan yang tak beerti lagi.

-Abdullah Idris
Bengkurong Brunei
Julai 1992.



Soalan:

1. Prosakan sajak Kasih Ibu di atas.
2. Berikan perutusan-perutusan sajak Kasih Ibu.

Jawapan:

Prosa

memang telah lama kufikir
untuk berbakti
pada ibu dan siapa nanti
alih-alih tiba saatnya kami menyendiri
antara hidup dan mati.

Aku sudah lama memikirkan untuk berbakti kepada ibu dan sesiapa juga nanti. Namun, tanpa kusedari kini kami bersendirian tanpa ibu yang telah pergi.

sejak kecil pun aku diajari
tentang anak-anak yang salat
balasannya adalah syurga
bersama ibu yang tercinta.
dan para syuhada.

Aku telah diajar dari sejak kecil lagi tentang anak-anak yang salat dan balasannya adalah syurga bersama ibu yang tercinta dan para syuhada.

tapi bila aku telah dewasa
ibu sudah tidak mau bercerita
dan aku jadi lupa
tentang hukuman anak derhaka.

Namun, setelah aku meningkat dewasa, ibu tidak mahu bercerita lagi menyebabkan aku menjadi lupa tentang hukuman anak derhaka.

lalu sekarang semuanya bagai membebani
jauh-jauh dinihari air mata membasahi
dan titis-titisnya meresapi nadi sendiri
justeru kerananya bagai menuntuti
sebuah ungkapan yang tak bererti lagi.

Kini, semuanya itu membebankan diriku. Pada waktu dinihari, air mata membasahi dan titisnya meresapi nadi, bagai menuntuti sebuah ungkapan yang tidak bererti lagi.


Perutusan

1. Jangan menderhaka kepada ibu.
2. Sikap bertangguh-tangguh tidak mendatangkan faedah.
3. Berjasa kepada ibu sewaktu hidup, dan juga selepas meninggal dunia.
4. Menghormati dan mendengar nasihat ibu.
5. Menghargai pengorbanan ibu.

No comments:

Post a Comment