THE BEST WAY TO MAKE MONEY

Hotforex Pamm

Broker

Thursday, June 19, 2008

LATEST

Laman untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu bagi sekolah menengah

Novel Pengabdian

Meniti waktu

Hikayat Hang Tuah

Laman-laman lain yang berkaitan akan disenaraikan di sini.

*Laman sastera lengkap untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu insya Allah akan diusahakan di dalam laman web yang baru.

SAJAK

Sajak Kasih Ibu

Aspek-Aspek Kajian Sajak

Sajak-Sajak Menengah 4'D

Ulasan Sajak Cinta

Kita telah belajar mengenai aspek-aspek kajian sajak atau perkara- perkara yang perlu diperhatikan untuk menganalisis sajak. Antaranya ialah bentuk, maksud, tema, aliran, corak, gaya bahasa, nada dan perutusan (pengajaran).

Di sini cikgu menyelitkan beberapa ulasan sepanjang pengajaran dari sejak bulan Februari. Bagi pelajaran sajak, apa yang paling penting ialah 'KEMAHIRAN UNTUK MENGANALISIS SAJAK'. Oleh itu, setiap kali kita belajar sajak, apa yang cikgu lakukan semuanya untuk mengembangkan kemahiran kamu untuk menganalisis atau mengkaji sesebuah sajak. Setiap antara kamu sebenarnya sudah mempunyai kemahiran (kepandaian) dalam menganalisis (mengkaji) sajak, tetapi cikgu hendak mengembangkan (mengasah) kepandaian kamu lagi kerana setiap kali menganalisis kamu tentu akan merujuk nota, buku dan sebagainya. Ini bermakna kamu masih belum mahir. Di bawah ini adalah contoh aktiviti kajian sajak yang pernah kita lakukan dahulu.





Tujuan cikgu menggunakan kaedah berkumpulan adalah supaya kamu terbiasa untuk melakukan sesuatu kerja secara bersama-sama supaya tahap kerjasama (teamwork) kamu berkembang. Oleh sebab itu, cikgu sering menggalakkan kamu untuk saling bertukar anggota kumpulan, agar tahap kerjasama kamu meningkat. Ia juga membolehkan kamu saling bertukar fikiran dengan ahli yang berlainan. Setiap manusia ini mempunyai daya fikir yang berbeza, jika kamu terhad kepada ahli kumpulan yang sama, fikiran kamu tidak akan terbuka dan tidak luas pandangan.

Novel Pengabdian

Peristiwa-Peristiwa Penting dan Sinopsis

Di dalam blog ini, cikgu akan selitkan peristiwa penting, sinopsis, watak dan perwatakan serta aspek-aspek yang lain yang perlu diketahui oleh kamu. Sepanjang pengajaran cikgu, cikgu lebih mengutamakan peristiwa penting, sinopsis dan watak perwatakan. Ini bukan bermakna perkara lain tidak perlu diberi perhatian. Tetapi apa yang cikgu tahu dan faham bahawa kamu akan terlupa jika kita belajar terlalu banyak isi pada waktu yang sama. Oleh itu cikgu hendak menamatkan Novel Pengabdian (bab 1: bahagian 1 hingga 12) ini secepat mungkin dengan melihat aspek dari segi peristiwa penting, sinopsis, watak dan perwatakan, kemudian kita akan melihat aspek yang lain nanti secara keseluruhan.

Cikgu juga telah menggalakkan kamu untuk membuat peta minda bagi semua pelajaran. Insya Allah cikgu akan memberikan contoh panduan untuk kamu membuat peta minda bagi setiap pelajaran. Cikgu akan pastikan kamu semua membuat peta minda bagi semua isi pelajaran agar kamu mudah mengulang kaji untuk perperiksaan pertengahan tahun dan seterusnya nanti.

Hikayat Awang Kamaruddin

Peristiwa-Peristiwa Penting dan Sinopsis

Di dalam blog ini, cikgu akan selitkan peristiwa penting, sinopsis, watak dan perwatakan serta aspek-aspek yang lain yang perlu diketahui oleh kamu. Sepanjang pengajaran cikgu, cikgu lebih mengutamakan peristiwa penting, sinopsis dan watak perwatakan. Ini bukan bermakna perkara lain tidak perlu diberi perhatian. Tetapi apa yang cikgu tahu dan faham bahawa kamu akan terlupa jika kita belajar terlalu banyak isi pada waktu yang sama. Oleh itu cikgu hendak menamatkan Hikayat Awang Kamaruddin ini secepat mungkin dengan melihat aspek dari segi peristiwa penting, sinopsis, watak dan perwatakan, kemudian kita akan melihat aspek yang lain nanti secara keseluruhan.

Cikgu juga telah menggalakkan kamu untuk membuat peta minda bagi semua pelajaran. Insya Allah cikgu akan memberikan contoh panduan untuk kamu membuat peta minda bagi setiap pelajaran. Cikgu akan pastikan kamu semua membuat peta minda bagi semua isi pelajaran agar kamu mudah mengulang kaji untuk perperiksaan pertengahan tahun dan seterusnya nanti.

Tuesday, June 10, 2008

Hadiah-Hadiah Pelajar

Pelajar Terbaik
Sejak awal cikgu mengajar kelas Sastera menengah 4'D, cikgu sudah perhatikan tiga orang pelajar yang sangat memiliki potensi untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Namun, ini tidak bermakna pelajar-pelajar ini sempurna, mereka juga ada kelemahan dan pernah melakukan kesilapan seperti ketika menjawab soalan peperiksaan. Mereka terpilih juga bukan hanya disebabkan markah peperiksaan. Meskipun sekiranya mereka mendapat markah yang keempat atau kelima tertinggi, mereka tetap akan dipilih sebagai pelajar terbaik. Cikgu menilai untuk memilih seseorang itu sebagai pelajar terbaik adalah dari segi disiplin, perhatian semasa di dalam kelas, keaktifan menjawab soalan cikgu dengan bernas, menerima dan melakukan perubahan atas segala tunjuk ajar cikgu, membuat kerja kelas dan kerja rumah serta menghantarnya. Mereka cikgu pilih sebagai pelajar terbaik bukan sekadar untuk hiburan tetapi selalu cikgu ingatkan, kamu perlu contohi mereka. Harapan cikgu kepada mereka bertiga adalah supaya meneruskan usaha supaya terus maju sekali gus berjaya di dalam peperiksaan akan datang, bukan setakat mata pelajaran sastera sahaja tetapi termasuk mata pelajaran yang lain. Di samping itu, cikgu juga harap mereka bertiga akan menringankan tangan untuk memberikan bantuan kepada rakan yang lain untuk sama-sama berjaya dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar terbaik itu ialah:
- Syuhada
- Murjiyah
- Martini

Lakonan / Pembentangan / Projek
- Syuhada
- Nadhrah
- Aminul
- Wafee
- Muhsin

Cenderahati
Pelakon Terbaik
- Muhsin

Pembentang Terbaik
- Martini

Hadiah Kepujian
- Hazwan